Seiring dengan era kemajuan ICT masakini, jururawat perlu peka dalam pembangunan teknologi dan inovasi terkini bagi meningkatkan profesion kejururawatan di mata masyarakat dunia. Dalam era global kini yang mementingkan pengetahuan ICT, jururawat perlu bersaing serta berusaha meningkatkan pengetahuan serta membudayakan ICT dalam rutin tugasan harian bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta membuatkan segala tugasan menjadi lebih lancar dan pantas. Sekiranya semua jururawat didalam sesebuah institusi itu celik ICT, ia akan meningkatkan taraf institusi itu sendiri dimata masyarakat memandangkan jururawat adalah golongan terbesar dan merupakan tulang belakang kepada sesebuah instusi kesihatan.
Bagi merealisasikan hasrat agar semua jururawat di Malaysia khasnya celik ICT dalam menjalankan tugasan harian, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital dan jururawat itu sendiri khasnya seperti :
1) Pihak pentadbiran hospital perlu menghantar jururawat menghadiri kursus ICTsecara berterusan dan berkala.
2) Jururawat perlu ada inisiatif sendiri menerokai ICT dan memandang ICT sebagai satu bidang yang menyeronokkan untuk diterokai.
sy setuju... jururawat pd masa kini harus peka pada perkembangan semasa untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan.
ReplyDeleteterima kasih atas komen anda..
DeleteSaya bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam bidang perubatan dan kesihatan atau hospitaliti di kalangan jururawat dapat membantu jururawat melakukan jagarawatan ke atas pesakit dengan lebih efisien dan selamat. Di samping itu jururawat mendapat maklumat terkini mengenai jagarawatan pesakit. Justeru itu penggunaan ICT amat penting kepada jururawat dan perlu dipraktikkan di dalam kerjaya kejururawatan..
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat anda..Kita perlu celik IT supaya kita tidak ketinggalan dalam memonopoli dunia IT di tempat kerja..Justeru pihak yang bertanggungjawab perlu mangambil inisiatif dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan IT supaya menghantar para pekerja supaya mendalami bidang IT dengan lebih baik dari masa ke semasa.Jangan hanya golongan yang berkepentingan sahaja yang dipandang tinggi.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat anda.. jururawat juga satu profesyen yang perlu dipandang berkepentingan dalam satu-satu organisasi perubatan...
DeleteAdalah menjadi trend masa kini, membudayakan IT di dalam kehidupan seharian, para jururawat juga seharusnya tidak ketinggalan serta tidak janggal untuk mempraktikan IT di dalam tugasan seharian mereka. Tambahan pula ICT amat penting terutama apabila terpaksa mengikuti pembelajaran secara online..
ReplyDeleteIa.. jururawat perlu update pengetahuan seiring dengan kemajuan teknologi sekarang..
DeleteKEMAJUAN TEKNOLOGI DALAM PROFESION JURURAWAT AMAT PENTING KERANA DALAM PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PADA MASA INI TEKNOLOGI DAN INOVASI AMAT PENTING UNTUK MEMASTIKAN TRANFORMASI NEGARA DAPAT DITERUSKAN. DI PPUKM JUGA TELAH MULA MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ICT UNTUK JURURAWAT DENGAN PENGGUNAAN MOBILE CARD SECARA BERPERINGKAT. TIDAK LAMA LAGI BERKEMUNGKINAN BESAR DI PPUKM TIADA LAGI PENGGUNAAN KERTAS " PAPERLESS'.DIHARAP PADA MASA HADAPAN PELBAGAI TEKNOLOGI DALAM KLINIKAL DAPAT DIGUNAKAN PAKAI SEPERTI MENCATIT B/P/PULSE DI DALAM SISTEM..
ReplyDeletesetuju dgn pndapat anda. oleh sebab itu semua Jururawat perlu meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan ICT seiring dengan permodenan teknologimasa kini..
ReplyDelete