Thursday, 31 May 2012

Topi musim panas


Hari ini saya hendak mereka topi yang diperbuat daripada cawan kertas. Berikut adalah
bahan-bahan yang diperlukan:

Cawan kertas
Gunting
Gam
Stapler
Dawai kokot
Renda

 Cawan kertas tersebut dipotong dan dibentuk sedemikian rupa dan dilekat menggunakan gam (bahagian A)

Bahagian A
Pada satu bahagian yang lain, potong cawan dan bentukkan seperti separa bulat untuk membentu bahagian atas topi (bahagian B)
Bahagian B
Kemudian, cantumkan bahagian A dengan bahagian B


Kemaskan bahagian tepi



Hiaskan dengan renda mengikut citarasa anda


Tadaa... dah siap... cantikkan !!!



muzik batang paip


Teknologi jimat ruang


roll laptop


Thursday, 12 April 2012

Kepentingan ICT dalam profesion kejururawatan

Seiring dengan era kemajuan ICT masakini, jururawat perlu peka dalam pembangunan teknologi dan inovasi terkini bagi meningkatkan profesion kejururawatan di mata masyarakat dunia. Dalam era global kini yang mementingkan pengetahuan ICT, jururawat perlu bersaing serta berusaha meningkatkan pengetahuan serta membudayakan ICT dalam rutin tugasan harian bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta membuatkan segala tugasan menjadi lebih lancar dan pantas. Sekiranya semua jururawat didalam sesebuah institusi itu celik ICT, ia akan meningkatkan taraf institusi itu sendiri dimata masyarakat memandangkan jururawat adalah golongan terbesar dan merupakan tulang belakang kepada sesebuah instusi kesihatan.
    Bagi merealisasikan hasrat agar semua jururawat di Malaysia khasnya celik ICT dalam menjalankan tugasan harian, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital dan jururawat itu sendiri khasnya seperti :

1) Pihak pentadbiran hospital perlu menghantar jururawat menghadiri kursus ICTsecara berterusan dan berkala.
2) Jururawat perlu ada inisiatif sendiri menerokai ICT dan memandang ICT sebagai satu bidang yang menyeronokkan untuk diterokai.